UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA KEPADA PELAWAT BLOG TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG INGINKAN ILMU AGAMA..
Istilah-istilah dalam Ilmu Mustalah Hadith
Istilah | | Pengertian |
| | |
- Ilmu Mustalah Hadith | | Ilmu mengenai kaedah atau usul yang dapat dikenali dengannya hal ehwal sanad dan matan dari segi penerimaan atau penolakannya. |
| | |
- Hadith | | Segala apa yang disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada percakapan, perbuatan, diam, setuju atau sifat-sifat baginda sama ada sifat zahir atau batin. |
| | |
- Sunnah | | Sama maksudnya dengan hadith. |
| | |
- Khabar | | Maksudnya lebih umum daripada hadith, meliputi apa yang diriwayatkan dari nabi saw dan selainnya. |
| | |
- Athar | | Sesetengah ulama berpendapat, ia merujuk kepada kata-kata sahabat ra. |
| | |
- Hadith Qudsi | | Hadith yang lafaznya adalah daripada Nabi saw manakala maknanya daripada Allah swt sama ada melalui mimpi atau ilham. |
| | |
- Sanad | | Rangkaian perawi atau jalan yang menyampaikan kepada hadith. |
| | |
- Matan | | Lafaz-lafaz hadith yang membentuk pengertian |
| ||
| | |
- Isnad | | Iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata." |
| | |
- Musnid | | Orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya. |
| | |
- Musnad | | Kitab-kitab hadith yang disusun mengikut nama para sahabat yang menyampaikan hadith. |
| | |
- Musannid | | Iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya. |
| | |
- Muttafaq ’Alaih | | Hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. |
| | |
- Muhaddith | | Orang yang mahir dengan hadith dan menghafal kurang daripada 100000 hadith. |
| | |
- Al Hafiz | | Menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya. |
| | |
- Al Hujjah | | Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300000 buah hadith termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya. |
| | |
- Al Hakim | | Darjat tertinggi di kalangan ahli hadith. Mengetahui segenap hal berkenaan hadith, menghafal lebih daripada 700000 buah hadith. |
| | |
- Mutawatir | | Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mana tidak munasabah mereka bersepakat untuk berdusta terhadap hadith nabi. |
| | |
- Ahad | | Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau lebih tetapi tidak mencapai darjat mutawatir. |
| | |