Sunday, February 6, 2011

TATAPAN UMUM

UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA KEPADA PELAWAT BLOG TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG INGINKAN ILMU AGAMA..

Istilah-istilah dalam Ilmu Mustalah Hadith

Istilah

Pengertian



-      Ilmu Mustalah Hadith

Ilmu mengenai kaedah atau usul yang dapat dikenali dengannya hal ehwal sanad dan matan dari segi penerimaan atau penolakannya.



-      Hadith

Segala apa yang disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada percakapan, perbuatan, diam, setuju atau sifat-sifat baginda sama ada sifat zahir atau batin.



-      Sunnah

Sama maksudnya dengan hadith.



-      Khabar

Maksudnya lebih umum daripada hadith, meliputi apa yang diriwayatkan dari nabi saw dan selainnya.



-      Athar

Sesetengah ulama berpendapat, ia merujuk kepada kata-kata sahabat ra.



-      Hadith Qudsi

Hadith yang lafaznya adalah daripada Nabi saw manakala maknanya daripada Allah swt sama ada melalui mimpi atau ilham.



-      Sanad

Rangkaian perawi atau jalan yang menyampaikan kepada hadith.



-      Matan

Lafaz-lafaz hadith yang membentuk pengertian






-      Isnad
 

Iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."



-      Musnid

Orang yang meriwayatkan hadith dengan
isnadnya.



-      Musnad

Kitab-kitab hadith yang disusun mengikut nama para sahabat yang menyampaikan hadith.



-      Musannid

Iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.



-      Muttafaq ’Alaih

Hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.



-      Muhaddith

Orang yang mahir dengan hadith dan menghafal kurang daripada 100000 hadith.



-      Al Hafiz

Menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.



-      Al Hujjah

Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300000 buah hadith termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya. 



-      Al Hakim

Darjat tertinggi di kalangan ahli hadith. Mengetahui segenap hal berkenaan hadith, menghafal lebih daripada 700000 buah hadith.



-      Mutawatir

Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mana tidak munasabah mereka bersepakat untuk berdusta terhadap hadith nabi.



-      Ahad

Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau lebih tetapi tidak mencapai darjat mutawatir.




No comments:

Post a Comment